Tentang Kami

Moto Kami

  • Menjadikan perniagaan anda lebih mudah!

Misi Kami

  • Untuk menyediakan penyelesaian perniagaan perkapalan yang menjimatkan masa dan cepat untuk jangka panjang kepada pelanggan-pelanggan kami yang terbaik dalam kelasnya

Visi Kami

  • Untuk menjadi peneraju dunia dalam industri perkapalan yang memastikan kepuasan pelanggan melalui perkhidmatan dan produk yang berkualiti.



MD INTECH SDN BHD adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang berpusat di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia dan telah ditubuhkan pada tahun 2011. Objektif utama kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan kapal pengangkut untuk menyokong terutamanya industri minyak dan gas dari seluruh dunia.

Kami juga menyediakan penghantaran dan pembekal penghantaran kenderaan untuk pelanggan dari semenanjung ke Sabah dan Sarawak bagi satu tujuan iaitu untuk memberikan penjimatan dan perkhidmatan yang terbaik tanpa menjejaskan masa dan berkualiti. Pejabat utama kami terletak di tengah-tengah Kota Kinabalu, Sabah sendiri yang di Lot 1 , Tingkat 1 , Wisma KKM, Batu 5 , Jalan Tuaran, 88450 Kota Kinabalu , Sabah.


Kami benar-benar memaksimumkan nilai industri perkapalan dan kami memastikan bahawa pelanggan-pelanggan kami dapat menjimatkan peluang yang ada sepenuhnya. Dalam usaha untuk mencapai sasaran, kami percaya bahawa pelbagai alat, teknologi aset dan maklumat, halatuju dan proses perlu bersepadu dengan pengalaman dan kami akan memberi komitmen jangka panjang kepada pelanggan kami. MD INTECH SDN BHD pasti mampu memberikan semua itu dan kami amat berbesar hati untuk menjadi rakan kongsi perniagaan anda.